Dalam
geometri,
fizik keadaan pepejal dan
mineralogi, terutanma dalam menyatakan
struktur hablur, satu-satu
sel primitif, ialah sel minimum bergantung kepada satu
titik kekisi bagi sesuatu struktur dalam 2 matra, 3 matra atau lain-lain matra. Satu kekisi boleh dikelaskan dengan ciri geometri sel primitif tersebut.Sel primitif ialah
kawasan asas yang bergantung kepada peralihan simetri sahaja. Jika terdapat pertambahan simetri, kawasan asas tersebut semakin kecil.
Hablur boleh dikategorikan oelh kekisinya dan atom yang terdapat dalam sel primitif (asas). Satu sel akan memenuhi semua ruangan kekisi tanpa meninggalkan ruang kosong dalam pengulangan operasi peralihan hablur.Vektor peralihan primitif digunakan untuk mentakrifkan vektor peralihan sesuatu hablur, T → {\displaystyle {\vec {T}}} , dan juga memberikan sel kekisi isi padu terkecil bagi kekisi tertentu. Kekisi dan vektor peralihan a → 1 {\displaystyle {\vec {a}}_{1}} , a → 2 {\displaystyle {\vec {a}}_{2}} , and a → 3 {\displaystyle {\vec {a}}_{3}} adalah
primitif jika atom-atomnya kelihatan sama dari mana-mana titik kekisi menggunakan integer u 1 {\displaystyle u_{1}} , u 2 {\displaystyle u_{2}} , dan u 3 {\displaystyle u_{3}} .Sel primitif ditakrifkan melalui paksi primitif (vektor) a → 1 {\displaystyle {\vec {a}}_{1}} , a → 2 {\displaystyle {\vec {a}}_{2}} , dan a → 3 {\displaystyle {\vec {a}}_{3}} . Isi padu, V c {\displaystyle V_{c}} , bagi sel primitif diberi oleh paralelepiped dari atas aksi sebagai,
Sel Wigner-Seitz merupakan satu contoh lain sel primitif. Dalam keadaan tertentu, sel primitif sering disamakan dengan
sel unit. Walau bagaimanapun, pernyataan lazim bagi kekisi
kubus, seperti kekisi kubus berpusat jasad (BCC) dan kubus berpusat muka (FCC), bergantung kepada sel unit kubus. Dalam kes BCC dan FCC, sel primitif diasingkan dari sel unit lazim.Konsep matematik am di sebalik sel primitif diistilahkan
kawasan asas atau
sel Voronoi. Sel primitif
kekisi salingan dalam
ruang momentum dipanggil
zon Brillouin.