Makanan Selangor

Masakan Melayu

Masakan di Selangor kebanyakannya daripada masakan Melayu yang selalu didengari oleh penduduk Malaysia. Oleh kerana pembangunan yang pesat di sini, banyak kedai-kedai makanan yang menghidangkan masakan Melayu mengikut negeri masing-masing terdapat di sini seperti masakan Kelantan,Terengganu,Kedah,Negeri Sembilan dan bermacam-macam lagi.

Pengaruh Suku Kaum

Masakan tradisional Melayu di Selangor telah menerima pengaruh dari, Bugis, Jawa dan Minangkabau. Namun sedemikian, makanan-makanan ini tidak seberapa pengaruh di sini ia hanya berpengaruh di Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

Masakan Selangor

Rojak Klang, Lontong Klang dan Mee Bandung Selangor Klang dan Shah Alam. Hidangan lain yang terkenal termasuklah Mee Jawa, Sate Kajang, Nasi Ambeng, Laksa Selangor, Soto (Soto Nasi Himpit dan Mee Soto), Sambal Tahun, Ikan Bakar Bakso, Ketam Darul Ehsan, Ikan Masak Asam Pedas, Ayam Masak Kicap dan Sayur Masak Rebung. Mi segera Maggi juga adalah berasal dari Selangor.