SelangorTV
SelangorTV

SelangorTV

SelangorTV adalah saluran televisyen milik Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan yang ditadbir oleh Communication Corporation Sdn Bhd. SelangorTV mula beroperasi pada tahun 2008 selepas Menteri Besar Selangor ke-14, YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat menjadi Menteri Besar Selangor yang baru menggantikan Dato' Seri Dr. Mohamad Khir Toyo. SelangorTV diwujudkan kerana Kerajaan Persekutuan yang ditadbir oleh Barisan Nasional, didakwa oleh Pakatan Rakyat, tidak memberi peluang kepada Kerajaan Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat untuk menggunakan media milik Kerajaan Persekutuan seperti RTM bagi menyebarkan maklumat kepada rakyat Selangor.SelangorTV beroperasi dari Kompleks Pentadbiran Kerajaan Selangor Darul Ehsan yang terletak di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam dan dikendalikan oleh Pejabat Menteri Besar Selangor. SelangorTV adalah stesen tv milik penuh Kerajaan Selangor. Namun, siaran SelangorTV hanya boleh ditonton menerusi internet di lawan web www.tvsnews.net. Ini kerana Kerajaan Persekutuan tidak memberi lesen penyiaran kepada SelangorTV untuk memancarkan siaran menerusi gelombang UHF/VHF ataupun menerusi satelit di Selangor. Oleh sebab itu, buat masa kini, SelangorTV hanya boleh ditonton menerusi internet sahaja. Siaran SelangorTV boleh ditonton menerusi internet di lawan web www.selangortv.mySiaran SelangorTV menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dan mempunyai pelbagai jenis rancangan seperti talkshow, short drama, ceramah agama, kartun, berita dan sebagainya. Siaran SelangorTV adalah selama 24 jam sehari.