Selangor_FC
Selangor_FC

Selangor_FC

Persatuan Bola Sepak Selangor (English: Football Association of Selangor) lebih dikenali sebagai Selangor FA adalah sebuah kelab bola sepak profesional mewakili negeri Selangor, Malaysia. Bertanding dalam Liga Malaysia, Stadium Shah Alam merupakan gelanggang keramat Selangor semenjak 1994 hingga kini. Walaupun begitu, sebelum beralih ke Stadium Shah Alam, Stadium Merdeka merupakan stadium yang lebih banyak menyaksikan kegemilangan dan kejayaan Selangor dalam arena sukan bola sepak di mana Selangor telah menjulang Piala Malaysia sebanyak 18 kali di stadium ini. Selangor FA, yang juga dikenali sebagai Gergasi Merah atau Merah Kuning telah ditubuhkan pada tahun 1936.Selangor adalah pasukan yang paling berjaya di dalam bola sepak Malaysia. Serta sebuah pasukan yang paling banyak mengecapi pelbagai kejuaraan. Antara pencapaian pasukan Selangor FA adalah dengan rekod 33 gelaran Piala Malaysia, 6 gelaran Divisyen 1/Perdana 1/Liga Super, 2 gelaran Divisyen 2/Perdana 2/Liga Perdana, 5 gelaran Piala FA dan 8 gelaran Piala Sumbangsih. Tahun 2005 merupakan tahun gemilang bagi pasukan Selangor. Kerana buat kali pertama dalam sejarah penubuhan FAS, mereka berjaya merangkul gelaran treble kejuaraan utama bola sepak Malaysia. Dengan memenangi Liga Perdana, Piala FA dan Piala Malaysia di bawah bimbingan jurulatih Dollah Salleh.[1]Pada peringkat Asia pula Selangor merupakan pasukan bolasepak pertama memasuki perlawanan akhir Asian Champion Club Tournament atau sekarang di kenali sebagai Liga Juara-Juara AFC atau AFC Champions League(ACL) pada tahun 1967 apabila tewas diperlawanan akhir pada kelab Hapoel Tel Aviv dari Israel 2-1 di Bangkok, Thailand. Ini merupakan pencapaian terbaik Malaysia di peringkat kelab Asia. Kelab ini juga mempunyai beberapa permusuhan tradisi, terutamanya dengan pasukan Singapura, Kuala Lumpur FA, Kedah FA, Pahang FA dan Perak FA.