Lokasi Selat_Gibraltar

Selat Gibraltar memiliki lokasi yang sangat strategik. Kapal-kapal yang belayar dari Atlantik ke Mediterranean yang melalui selat ini dapat dilihat dari Karang Gibraltar. Pelayaran daripada Eropah ke Afrika juga akan melalui selat ini. Semasa Perang Dunia II, Britan telah mengawal selat ini dari pangkalan yang berdekatan. Kapal selam Jerman yang memasuki Laut Mediterranean akan dapat dijejak kerana sesebuah kapal selam ini tidak dapat mengapung dan arus bawah lautnya terlalu kuat untuk menyelam.