Selat_Singapura
Selat_Singapura

Selat_Singapura

Selat Singapura adalah sebuah selat yang terletak di sebelah timur Selat Melaka dan sebelah barat Laut China Selatan. Panjang selat ini ialah 105 km dan lebarnya 16 km. Singapura terletak di sebelah utara, sedangkan Kepulauan Riau di selatan. Selat ini juga mencakup Pelabuhan Keppel, Selat Johor dan beberapa pulau kecil. Lalu lintas di perairan ini relatif padat kerana menjadi laluan utama ke pelabuhan-pelabuhan di Singapura.