Selenium
Selenium

Selenium

Selenium, unsur kimia bernombor atom 34, bersimbol kimia Se, dan berjisim atom 78.96, ialah sejenis unsur bukan logam, bertalian kimia dengan sulfur dan telurium, dan jarang ditemui dalam bentuk keadaan unsur di alam semula jadi.Selenium yang diasingkan ditemui dalam beberapa bentuk berlainan, dan bentuk yang paling stabil ialah bentuk separa logam (semikonduktor) tumpat berwarna kelabu keunguan yang berstruktur rantaian polimer trigon. Selenium mengalirkan elektrik dengan lebih baik dalam keadaan terang berbanding gelap, maka digunakan dalam fotosel. Selenium juga wujud dalam pelbagai bentuk bukan pengalir, seperti sebentuk alotrop hitam kekacaan, serta beberapa bentuk habluran merah yang terhasil daripada molekul gelang lapan ahli seakan-akan sulfur. Selenium ditemui dalam bijih sulfida seperti pirit, yang mana selenium menggantikan sebilangan sulfur dalam matriks bijih. Juga terdapat bahan galian yang berbentuk sebatian selenida atau selenat, tetapi jarang ditemui. Kegunaan utama selenium masa kini adalah untuk membuat kaca serta digunakan dalam kimia dan pigmen. Selenium juga pernah banyak digunakan untuk elektronik, tetapi kini digantikan oleh peranti semikonduktor silikon.Garam selenida amat toksik, tetapi sejumlah surih usnur ini adalah perlu untuk fungsi sel dalam kebanyakan haiwan, iaitu membentuk pusat aktif enzim glutation peroksidase dan tioredoksin reduktase (yang secara tidak langsungnya mengurangkan molekul teroksida tertentu dalam haiwan dan sesetengah tumbuhan) dan tiga enzim deiodinase diketahui (yang menukar sebentuk hormon tiroid ke bentuk lain). Keperluan selenium dalam tumbuhan berbeza mengikut spesies, termasuk sebilangan jenis tumbuhan yang langsung tidak memerlukannya.[3]

Selenium

T (Pa)1101001 k10 k100 kpada S (K) Tekanan wap
T (Pa)1101001 k10 k100 k
pada S (K)500552617704813958
Berat atom piawai (Ar) 78.96
pada S (K) 500
Skala Mohs 2.0
Fasa solid
Bil. elektron per petala/cengkerang 2, 8, 18, 6
Keadaan pengoksidaan 6, 4, 2, 1,[1] -2
(oksida berasid kuat)
Titik genting 1766 K, 27.2 MPa
Keelektronegatifan Skala Pauling: 2.55
Jejari kovalen 120±4 pm
Ketumpatan suhu bilik hampir (gray) 4.81 g/cm3
(alpha) 4.39 g/cm3
(vitreous) 4.28 g/cm3
Nisbah Poisson 0.33
Nombor atom (Z) 34
Blok Blok p
Pekali pengembangan terma (amorphous) 37 µm/(m·K) (pada 25 °C)
Haba pelakuran (gray) 6.69 kJ/mol
Jejari van der Waals 190 pm
Nombor CAS 7782-49-2
Haba pengewapan 95.48 kJ/mol
Kekerasan Brinell 736 MPa
Iso­topKelim­pahanSeparuh hayatMod reputanPro­duk
Iso­topKelim­pahanSeparuh hayatMod reputanPro­duk
72Sesyn8.4 dε-72As
γ0.046-
74Se0.87%Se stabil dengan 40 neutron
75Sesyn119.779 dε-75As
γ0.264, 0.136,
0.279
-
76Se9.36%Se stabil dengan 42 neutron
77Se7.63%Se stabil dengan 43 neutron
78Se23.78%Se stabil dengan 44 neutron
79Setrace2.95×105 yβ−0.15179Br
80Se49.61%Se stabil dengan 46 neutron
82Se8.73%1.08×1020 yβ−β−2.99582Kr
Jejari atom empirik: 120 pm
Daya pengaliran terma (amorphous) 0.519 W/(m·K)
Struktur hablur heksagon
Modulus pukal 8.3 GPa
Modulus Young 10 GPa
Takat lebur 494 K ​(221 °C, ​430 °F)
Rupa Kilau logam hitam kekelabuan
Muatan haba molar 25.363 J/(mol·K)
Konfigurasi elektron [Ar] 4s2 3d10 4p4
apabila cecair, pada t.l. 3.99 g/cm3
Kumpulan, kala kumpulan 16 (kumpulan kalkogen), kala 4
Takat didih 958 K ​(685 °C, ​1265 °F)
Kelajuan bunyi rod nipis 3350 m/s (pada 20 °C)
Sifat kemagnetan diamagnetik[2]
Modulus ricih 3.7 GPa