Selim_I
Selim_I

Selim_I

Selim I (Turki Uthmaniyyah: سليم اوّل, Turki moden: I. Selim), nama gelaran Yavuz "si Tegas", tetapi sering kali dirujuk dalam Inggeris sebagai "si Serius", (10 Oktober, 1465/1466/1470 – 22 September, 1520) adalah Sultan dari Empayar Uthmaniyyah bermula pada tahun 1512 sehingga 1520. Beliau juga merupakan Sultan Uthmaniyyah pertama yang memegang gelaran Khalifah Islam. Selim membawa kepimpinan cabang Sunnah Islam dengan penaklukan beliau ke atas Timur Tengah. Beliau membawa perubahan mendadak dalam polisi perluasan empayar, yang mana banyak digunakan bagi menentang Barat dan Beyliks sebelum pemerintahan beliau. Pada malam kematian beliau pada tahun 1520, Empayar Uthmaniyyah merentang hampir 1 bilion ekar (tiga kali ganda semasa pemerintahan Selim).