Istilah Semenyih

Tidak wujud istilah Semenyih ini di dalam mana-mana kamus. Oleh itu istilah Semenyih ini merupakan istilah yang dicipta oleh masyarakat tempatan sahaja dan berkaitan dengan sejarah masa lampau.

  • Menurut cerita lisan, istilah ini merupakan dialek orang Negeri Sembilan yang bermaksud 'sembunyi'. Istilah ini berpunca daripada perintah Engku Husain kepada pengikutnya supaya bersembunyi dari buruan pemerintah Negeri Sembilan.
  • Mengikut sejarah, Semenyih ini asalnya di bawah pemerintahan Negeri Sembilan dan Lukut di bawah pemerintahan negeri Selangor. Semasa zaman Sultan Abdul Samad, Lukut diserahkan kepada Negeri Sembilan dan Semenyih diserahkan kepada Negeri Selangor.
  • Istilah ini dikaitkan dengan kata 'Sibengis','Si monyet' ,'Monyet' dan lain-lain