Senarai_Kazekage

Kazekage (風影; "Bayang Angin") adalah ketua kepada semua ninja di Sunagakure no sato daln dunia Naruto. Sangat ditakuti dan dihormati oleh dunia ninja, mereka merupakan orang yang bertanggungjawab menjadikan Sunagakure sebagai sebuah perkampungan ninja yang kuat meskipun memiliki saiz tanah jajahan yang kecil. Bagaimanapun, untuk menghasilkan ninja-ninja yang berkebolehan di Sunagakure, ia telah datang dengan harga yang mahal; kerana setakat ini semua ninja yang pernah menjadi Kazekage telah atau pernah dibunuh oleh pembunuh. Oleh kerana itu, gelaran Kazekage boleh dianggap sesuatu sumpahan yang membawa malang. Patung peringatan kepada semua Kazekage telah dibina dan disimpan di sebuah bilik yang merupakan tempat untuk para kaunsel Sunagakure bermesyuarat dan fungsinya hampir sama dengan Monumen Hokage yang terdapat di Konohagakure.