Senarai_Presiden_Amerika_Syarikat

Presiden Amerika Syarikat ialah ketua negara dan ketua kerajaan Amerika Syarikat. Presiden mengetuai cawangan eksekutif kerajaan persekutuan dan merupakan ketua komander Angkatan Tentera Amerika Syarikat. Presiden dilantik untuk penggal selama empat tahun oleh rakyat melalui Badan Perwakilan Pemilih (atau oleh Dewan Perwakilan jika Badan Perwakilan Pemilih gagal untuk memberi undi majoriti mutlak kepada mana-mana calon).Sejak penubuhan jawatan ini pada tahun 1789, 43 orang telah berkhidmat sebagai presiden. Presiden pertama, George Washington, memenangi undi sebulat suara Badan Perwakilan Pemilih. Grover Cleveland berkhidmat untuk dua penggal berasingan dan dikira sebagai presiden ke–22 dan ke–24. William Henry Harrison mempunyai tempoh paling singkat sebagai presiden selepas beliau meninggal dunia 31 hari selepas menjawat jawatan ini pada tahun 1841. Franklin D. Roosevelt berkhidmat paling lama, lebih daripada dua belas tahun sebelum meninggal dunia semasa awal penggal keempat beliau pada tahun 1945. Beliau merupakan satu-satunya presiden untuk berkhidmat lebih daripada dua penggal. Sejak pengesahan Pindaan ke-22 kepada Perlembagaan Amerika Syarikat pada tahun 1951, tiada orang yang boleh dilantik menjadi presiden lebih daripada dua kali dan tiada orang yang telah berkhidmat lebih daripada dua tahun semasa penggal orang lain boleh dilantik lebih daripada sekali.[1]Daripada individu-individu yang dilantik sebagai presiden, empat meninggal dunia semasa menjawat jawatan atas sebab-sebab semula jadi (William Henry Harrison,[2] Zachary Taylor,[3] Warren G. Harding,[4] dan Franklin D. Roosevelt), empat dibunuh (Abraham Lincoln,[5] James A. Garfield,[5][6] William McKinley,[7] dan John F. Kennedy) dan seorang meletak jawatan (Richard Nixon).[8]

Rujukan

WikiPedia: Senarai_Presiden_Amerika_Syarikat http://www.foxnews.com/projects/pdf/20110328125536... http://www.history.com/presidents/adams http://www.history.com/presidents/andrewjohnson http://www.history.com/presidents/arthur http://www.history.com/presidents/benjaminharrison http://www.history.com/presidents/buchanan http://www.history.com/presidents/cleveland http://www.history.com/presidents/eisenhower http://www.history.com/presidents/fdr http://www.history.com/presidents/fillmore