Senarai_anggota_Pertubuhan_Bangsa-Bangsa_Bersatu

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau PBB ialah sebuah pertubuhan antarabangsa yang ditubuhkan pada 24 Oktober 1945 selepas Perang Dunia II dan dianggotai oleh negara-negara di seluruh dunia. Matlamat-matlamat utamanya, sebagaimana yang ditetapkan oleh Piagamnya, adalah untuk mengelakkan perulangan pertikaian yang hebat, menegaskan hak-hak asasi manusia yang utama, menjamin rasa hormat kepada undang-undang antarabangsa, serta memperbaiki taraf hidup di seluruh dunia.Perhimpunan Agung pertama yang diadakan di Rumah Church, London pada 10 Januari 1946 di London, United Kingdom disertai oleh 51 negara. Kini, 195 negara telah menyertai pertubuhan ini.