Senarai_episod_iCarly

iCarly ialah sitkom dari Nickelodeon, tayangan perdananya pada 8 September 2007 yang lalu. Siri ini menampilkan pelakon remaja yang popular iaitu Miranda Cosgrove, Jennette McCurdy, Nathan Kress dan Jerry Trainor. Siri ini dicipta oleh Dan Schneider. Fokus siri ini ialah pada seorang budak perempuan yang bernama Carly (lakonan Miranda Cosgrove). Dia mencipta rancangan webnya sendiri yang diberi nama iCarly dengan dua rakan baiknya iaitu Sam (Jennette McCurdy) dan Freddie (Nathan Kress) dan dengan sokongan dari abangnya Spencer (Jerry Trainor).