Senarai_filem_terbitan_Skop_Productions
Senarai_filem_terbitan_Skop_Productions

Senarai_filem_terbitan_Skop_Productions

Skop Productions ialah sebuah syarikat hiburan Malaysia yang diasaskan oleh Yusof Haslam pada tahun 1985, yang menerbitkan dan mengedarkan filem.[1] Sehingga 2019, syarikat ini telah menerbitkan 44 filem cereka berbahasa Melayu termasuk tiga filem yang belum dikeluarkan. Terdapat juga filem terbitan Skop Productions yang diterbitkan bersama dengan syarikat seperti Grand Brilliance, Ace Motion Pictures dan Astro Shaw. Selain itu, syarikat ini turut mengedarkan filem-filem terbitan syarikat penerbitan lain.Keluaran filem pertama Skop tiba pada 1991 menerusi filem pertama arahan Yusof, Bayangan Maut yang menampilkan Ratu Rock Ella, Faizal Hussein, A. Galak, Noorkumalasari dan Yusof sendiri. Syarikat ini kemudian menerbitkan filem aksi Pemburu Bayang (1993) lakonan Awie dan Malek Noor. Kejayaan komersial pertama Skop hadir pada 1994 menerusi filem drama romantik Sembilu yang mendapat kutipan pecah panggung sebanyak RM4.39 juta, sekaligus melancarkan kerjaya lakonan Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain. Kesinambungannya, Sembilu II ditayangkan pada 1995 dan mengulangi kejayaan filem prekuelnya apabila meraih kutipan pecah panggung tertinggi sebanyak RM6.10 juta, menjadikannya filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman. Yusof memperoleh gelaran "Six Million Dollar Man". Filem-filem keluaran Skop yang turut menjadi kejayaan komersial ialah Tragedi Oktober (1996), Gemilang (1997) dan Bara (1999). Selain Yusof, pengarah-pengarah lain seperti Yusof Kelana, Ahmad Idham dan Aziz M. Osman turut mengarahkan filem mereka di Skop.Pada tahun 2000-an, Skop Productions menerbitkan beberapa filem seperti Gerak Khas The Movie (2001) dan dua filem susulannya yang masing-masing dikeluarkan pada 2002 dan 2005. Dua anak lelaki Yusof, Syamsul Yusof dan Syafiq Yusof mengikut jejak langkah beliau sebagai pengarah.[2][3] Pada tahun 2007, Syamsul memulakan kerjaya pengarahannya menerusi filem Evolusi KL Drift (2008), lakonan dirinya sendiri, Farid Kamil, Fasha Sandha, Aaron Aziz dan Diana Danielle. Filem ini merupakan kejayaan komersial di pecah panggung dan meraih kutipan sebanyak RM4.5 juta. Syafiq mula menduduki kerusi pengarah pada 2011 menerusi filem SAM: Saya Amat Mencintaimu (2012), lakonan Shaheizy Sam dan Lisa Surihani. Menerusi filem ini, Syafiq menerima pengiktirafan sebagai Pengarah Termuda Negara daripada The Malaysia Book of Records.Filem Skop Productions dengan kutipan tertinggi pada 2010-an hadir dengan Khurafat: Perjanjian Syaitan dan KL Gangster (kedua-duanya pada 2011), diikuti oleh Munafik (2016), Abang Long Fadil 2 (2017), KL Special Force dan Munafik 2 (kedua-duanya 2018) dan Misteri Dilaila (2019).[4] Kesemua tujuh filem tersebut telah menerima ranking antara filem Malaysia dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman. Antara pelakon yang pernah berlakon dalam filem-filem terbitan Skop Productions ialah Awie, Erra Fazira, AC Mizal, Deen Maidin, Aaron Aziz, Farid Kamil, Salina Saibi, Azad Jasmin, Adam Corrie, Nasir Bilal Khan, Scha Al-Yahya, Nabila Huda, Pekin Ibrahim, Zizan Razak dan lain-lain.

Rujukan

WikiPedia: Senarai_filem_terbitan_Skop_Productions http://www.astroawani.com/berita-hiburan/sembilu25... http://alitvfilmswak.blogspot.com/2015/02/gila-gil... http://www.budiey.com/filem-aku-bukan-tomboy-selon... http://www.budiey.com/filem-evolusi-kl-drift-filem... http://www.filemkita.com/filem/b/bayangan_maut_01.... http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2... http://www.malaysiandigest.com/archived/index.php/... http://www.rojakdaily.com/entertainment/article/69... http://www.star2.com/entertainment/movies/movie-ne... http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/H...