Senarai_lagu_yang_dirakamkan_oleh_Siti_Nurhaliza
Senarai_lagu_yang_dirakamkan_oleh_Siti_Nurhaliza

Senarai_lagu_yang_dirakamkan_oleh_Siti_Nurhaliza

Sepanjang kerjayanya, penyanyi Dato' Seri Siti Nurhaliza telah merakamkan bahan untuk 16 album studio solo, dua album studio duet, dan telah tampil berbanyak kali dalam lagu dan single dalam album artis tempatan dan antarabangsa. Album pertamanya yang menggunakan namanya sebagai judul album telah dikeluarkan pada 1 April 1996 di bawah syarikat rakaman Suria Records (SRC) selepas kemenangan beliau di Bintang HMI di RTM pada 1 April 1995 pada usia 16 tahun.[1][2] Sebelum menandatangani kontrak bersama SRC, beliau telah menerima tawaran daripada tiga syarikat rakaman antarabangsa, termasuk Sony Music, BMG Music dan Warner Music.[1] Pelancaran single pertamanya, "Jerat Percintaan" memperlihatkan puncak kemasyhurannya. Pada 1997, beliau memenangi Artis Baru Wanita Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-4.[3] Pada tahun yang sama, pelancaran album kedua beliau Siti Nurhaliza II membantu mendorong kemasyhurannya di Indonesia. Di dalam laporan berita oleh Billboard, Siti Nurhaliza II telah terjual sebanyak 500, 000 unit di Indonesia sahaja.[4]Selepas mengeluarkan 10 album studio solo bersama SRC, pada tahun 2006, beliau melancarkan album studio solo kesebelas beliau melalui syarikat sendiri, Siti Nurhaliza Productions. Album pertamanya di bawah label sendiri, Transkripsi menerima pujian kritis oleh pengkritik muzik Malaysia dan telah diiktiraf sebagai Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-14 pada tahun 2007.[5] Beliau kemudiannya mengeluarkan tiga lagi album studio solo, Hadiah Daripada Hati (2007), Lentera Timur (2008), Tahajjud Cinta (2009) dan satu album studio duet, CTKD: Canda, Tangis, Ketawa, Duka (2009) dengan penyanyi Indonesia, Krisdayanti. Pada tahun 2011, dengan kerjasama bersama What's Up Entertainment, beliau mengeluarkan album pertama dan hanya album beliau yang dirakamkan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris setakat ini, All Your Love. Pada tahun yang sama, beliau menandatangani kontrak bersama Universal Music Group (Malaysia).[6] Pada 2014 dan 2016, Fragmen, album solo pertama dengan Universal Music Malaysia dan Unplugged melayakkan beliau meraih kemenangan bagi kali keenam dan ketujuh menerusi kategori Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-21.[7][8][lower-alpha 1]Walaupun beliau terkenal dengan muzik pop, Siti dilahirkan dan dibesarkan dalam sebuah keluarga penggemar muzik tradisional.[10] Beliau telah mengeluarkan empat album solo tradisional, Cindai (1997), Sahmura (2000), Sanggar Mustika (2002), Lentera Timur (2008) dan satu album duet tradisional dengan Noraniza Idris, Seri Balas (1999). Pelbagai lagu-lagu selain daripada merakamkan bahan sendiri, Siti juga telah merakamkan pelbagai lagu termasuk lagu-lagu tema untuk filem-filem Malaysia dan Indonesia dan siri televisyen seperti "Bagaikan Sakti", "Ketika Cinta", "Muara Hati", "Jaga Dia Untukku", dan "Seluruh Cinta".[11]Beliau juga telah terlibat dengan rakaman pelbagai jingle kempen kedua-dua organisasi kerajaan dan bukan kerajaan termasuk "1 Malaysia", "Cuti-Cuti Malaysia", "Membaca Gaya Wawasan", "Kau Ilhamku", "Cinta Tanpa Sempadan", dan lain-lain lagi.[12] Selain menyanyi dalam Bahasa Melayu, Bahasa Indonesia dan bahasa Inggeris, beliau juga telah merakamkan lagu-lagu dalam bahasa Mandarin dan Arab.[13][14]Berikut ialah senarai lagu yang dirakamkan oleh Siti Nurhaliza mengikut urutan aksara. Terjemahan harfiah bagi lagu bukan dalam bahasa Melayu disediakan, jika ada.

Rujukan

WikiPedia: Senarai_lagu_yang_dirakamkan_oleh_Siti_Nurhaliza http://english.astroawani.com/malaysia-news/visit-... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/konsert-h... http://www.bintang.com/celeb/read/2415577/rianti-c... http://www.budiey.com/siti-nurhaliza-kini-bersama-... http://www.star2.com/entertainment/music/music-new... http://archive.is/pyaFd http://best-of-ctnurhaliza.blogspot.my/2007/09/sen... http://www.astrogempak.com.my/ArticleDetails/tabid... http://www.bharian.com.my/node/98375 http://books.google.com.my/books?id=0A4EAAAAMBAJ&p...