Senarai_masakan
Senarai_masakan

Senarai_masakan

Berikut adalah senarai masakan. Sesuatu masakan adalah satu set khusus tradisi dan amalan memasak, sering dikaitkan dengan budaya atau rantau tertentu. Setiap masakan melibatkan penyediaan makanan dalam gaya tertentu, bagi makanan dan minuman jenis khusus, untuk menghasilkan benda yang dimakan secara individu atau sebagai sebuah sajian. Sesuatu masakan sering dinamakan sempena kawasan atau tempat ia berasal. Sesuatu masakan juga pada dasarnya dipengaruhi oleh bahan-bahan yang terdapat di dalam negara itu atau melalui perdagangan. Hukum agama dalam makanan juga boleh mempengaruhi dengan kuat ke atas amalan masakan tersebut.