Senarai_negara_mengikut_KDNK_(PPP)_per_kapita
Senarai_negara_mengikut_KDNK_(PPP)_per_kapita

Senarai_negara_mengikut_KDNK_(PPP)_per_kapita

Rencana ini mengandungi tiga senarai negara yang disusun mengikut KDNK pada PPP per kapita, iaitu nilai semua barangan keluaran dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh sesebuah negara dalam satu tahun yang diberikan, yang dibahagikan dengan purata penduduk pada tahun yang sama.Anggaran KDNK dalam dolar di sini diambil daripada pengiraan berasaskan pariti kuasa beli (PPP). Pengiraan sedemikian dihasilkan oleh pelbagai pertubuhan, termasuklah Kumpulan Wang Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia. Oleh kerana anggaran dan anggapan perlu dibuat, keputusan bagi sesetengah negara yang dihasilkan oleh pelagai pertubuhan yang berbeza-beza boleh berubah-ubah, kadangkala dengan jelas. Angka PPP adalah anggaran berbanding fakta tepat, dan haruslah digunakan dengan berhati-hati.Perbandingan kekayaan sesebuah negara juga kerap dibuat berasaskan KDNK yang nominal, yang tidak menggambarkan perbezaan-perbezaan dalam gaya hidup di negara-negara lain. (Lihat Senarai negara mengikut KDNK (nominal) per kapita.) Faedah menggunakan angka KDNK nominal termasuklah, bahawa kurangnya anggaran yang diperlukan, dan ia menggambarkan dengan tepat penglibatan penduduk sesebuah negara di dalam ekonomi sejagat.Beberapa buah ekonomi yang tidak dianggap sebagai negara (dunia, EU dan sesetengah wilayah tanggungan) disertakan sekali di dalam senarai ini kerana ia direkodkan di dalam sumber-sumber yang digunakan. Ekonomi seperti ini tidak diberikan tangga kedudukan, tetapi disusun mengikut KDNK sebagai perbandingan.Semua perangkaan dalam dolar antarabangsa semasa.

Rujukan

WikiPedia: Senarai_negara_mengikut_KDNK_(PPP)_per_kapita http://www.imf.org/external/pubs/ft/weo/2010/01/we... http://www.imf.org/external/pubs/ft/weo/2010/01/we... http://www.imf.org/external/pubs/ft/weo/2010/01/we... http://www.imf.org/external/pubs/ft/weo/2010/02/we... http://www.imf.org/external/pubs/ft/weo/2010/02/we... http://www.imf.org/external/pubs/ft/weo/2010/02/we... http://www.imf.org/external/pubs/ft/weo/2010/02/we... http://databank.worldbank.org/ddp/home.do?Step=12&... https://www.cia.gov/library/publications/the-world...