Senarai_penyertaan_alumni_Akademi_Fantasia_di_Anugerah_Juara_Lagu

Akademi Fantasia atau AF merupakan satu rancangan pencarian bakat menerusi program realiti TV yang disiarkan di Malaysia sejak tahun 2003 yang menggunakan 100% undian penonton secara SMS. Impak daripada rancangan ini ialah menerusi pembekalan bakat-bakat baru yang diperlukan untuk merancakkan industri muzik dengan mengambil kriteria keperluan pasaran. Pemenang AF biasanya mempunyai ciri-ciri khas untuk popular di samping mempunyai kualiti hasil daripada pembelajaran di akademi. Pertandingan Anugerah Juara Lagu atau AJL pula merupakan satu platform untuk penulis lagu di Malaysia mempersembahankan karya mereka untuk diadili juri profesional. Sejak 2004, kehadiran bekas pelajar AF mula mendapat tempat di dalam industri hingga menjadikan mereka sebagai artis pelapis yang meneruskan tradisi di anugerah berprestij seperti AJL. Penyertaan bekas pelajar AF yang telah bergelar artis berjaya memeriahkan pertandingan baik sebagai penyanyi atau penulis lagu.Berikut adalah senarai alumni AF yang pernah terpilih untuk bertanding di AJL.