Senarai_raja_British
Senarai_raja_British

Senarai_raja_British

Monarki Britain adalah pengganti langsung kepada takhta England, Scotland dan Ireland. Bagi rujukan pada monarki yang berasingan, rujuk Senarai raja England, Senarai raja Scotland dan Senarai raja Ireland.Terdapat 12 orang raja dari Great Britain dan United Kingdom (Monarki dari United Kingdom). Kerajaan Great Britain telah diasaskan pada 1 Mei 1707 dengan penggabungan Kerajaan England dan Kerajaan Scotland, yang mana melihat akan kesatuan peribadi di bawah Kerabat Stuart sejak 24 Mac 1603. Pada 1 Januari 1801, Great Britain bergabung dengan Kerajaan Ireland untuk membentuk Kerajaan Bersatu Great Britain dan Ireland. Selepas kebanyakan Ireland meninggalkan kesatuan pada 6 Disember 1922, pada 12 April 1927 namanya diubah kepada United Kingdom Great Britain dan Ireland Utara.