Senarai_sistem_taksonomi_tumbuhan

Senarai sistem taksonomi tumbuhan ini memberikan "sistem-sistem taksonomi" yang digunakan untuk pengelasan tumbuhan.Sistem taksonomi merupakan pertimbangan-pertimbangan taksonomi yang menyeluruh terhadap pembatasan dan peletakan takson-takson. Ia menjadi sebuah "sistem" hanya jika ia melibatkan sekumpulan besar takson (umpamananya, semua tumbuhan berbunga). Terdapat dua kriteria untuk senarai ini:Walaupun pemikiran terhadap perhubungan tumbuhan-tumbuhan bermula lebih awal lagi (sila lihat Sejarah sistematik tumbuhan), sistem-sistem taksonomi tumbuhan benar-benar bermula pada abad ke-19, disebabkan oleh kemasukan-kemasukan spesies tumbuhan yang baru ditemui di seluruh dunia. Beberapa sistem yang awal termuncul pada abad ke-18, tetapi sistem-sistem itu lebih merupai pelopor-pelopor berbanding sistem taksonomi yang penuh.Suatu peristiwa penting ialah penerbitan Species Plantarum oleh Linnaeus yang bertindak sebagai titik permulaan tatanama binomial untuk tumbuhan-tumbuhan. Dengan saiznya yang amat besar, sistem Linnaeus harus berlayak dimasukkan ke dalam senarai ini, akan tetapi ia tidak mengolah perhubungan-perhubungan antara tumbuhan, selain daripada memberikan genus kepada tumbuhan-tumbuhannya.Perhatikan bahawa sebuah sistem tidak harus bersifat batu tunggal dan seringnya mengalami banyak peringkat pengembangan, dan menghasilkan banyak versi untuk sistem yang sama. Ketika sebuah sistem telah digunakan secara meluas, banyak pengarang yang lain akan menggunakan versi sendiri untuk sistem itu, umpamanya sistem Cronquist yang dikenali untuk banyak versinya.