Senarai_watak_One_Piece

Siri manga dan anime One Piece mempunyai suatu kumpulan watak yang banyak direka oleh Eiichiro Oda. Siri ini berlatarkan sebuah dunia fiksyen yang mempunyai banyak lanun, askar, revolutionaries dan pengembara lain bertarung sesama sendiri, menggunakan pelbagai kuasa luar biasa. Siri ini mengisahkan tentang pengembaraan sebuah kumpulan lanun mencari harta karun bernama One Piece.Watak utama dalam One Piece ialah Monkey D. Luffy, lanun muda yang bercita-cita untuk mencontohi Gol D. Roger, Raja Lanun yang telah meninggal dunia, dengan mencari harta karun "One Piece". Dalam perkembangan siri ini, Luffy membentuk sebuah kumpulan lanun, dipanggil Lanun Topi Jerami. Ahli-ahlinya ialah seorang pemegang tiga pedang iaitu Roronoa Zoro, pencuri licik dan pakar pengemudi kapal iaitu Nami, penembak yang penakut dan pencipta iaitu Usopp, chef dan ahli mempertahankan diri iaitu Sanji, doktor yang berupa rusa iaitu Tony Tony Chopper, ahli arkeologi Nico Robin, pembuat kapal yang berupa cyborg iaitu Franky dan tengkorak hidup yang bermain muzik iaitu Brook.