Senat_Kanada
Senat_Kanada

Senat_Kanada

Senat Kanada (Bahasa Inggeris: Senate of Canada; Bahasa Perancis: Sénat du Canada) adalah salah satu daripada komponen Parlimen Kanada, bersama-sama dengan Dewan Rakyat dan Baginda Ratu (diwakili oleh Gabenor Jeneral). Ia berdasarkan kepada Dewan Pertuanan British dan terdiri daripada 105 orang ahli (digelar sebagai Senator) yang dilantik oleh Gabenor Jeneral dengan nasihat Perdana Menteri.[nota 1] Kerusi-kerusi Senat ditetapkan berdasarkan kepada kawasan: empat kawasan—iaitu Ontario, Quebec, provinsi Maritim dan provinsi Barat—masing-masing memperoleh 24 buah kerusi dan bahagian-bahagian lain—Newfoundland dan Labrador dan tiga wilayah utara—masing-masing memperoleh sembilan kerusi. Para senator boleh berkhidmat sehingga mereka mencecah usia 75 tahun.Senat merupakan dewan pertuanan manakala Dewan Rakyat merupakan dewan rakyat di Parlimen. Ini bagaimanapun tidak menyatakan bahawa Senat adalah lebih berkuasa berbanding Dewan Rakyat, cuma ahli-ahli dan para pegawainya berpangkat lebih tinggi daripada ahli-ahli dan para pegawai Dewan Rakyat di dalam susunan keutamaan untuk tujuan protokol. Bagi perkara amalan dan adat, Dewan Rakyat adalah dewan yang dominan. Persetujuan daripada kedua-dua dewan adalah perlu untuk undang-undang dan oleh itu, Senat boleh menolak rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat. Antara tahun 1867 hingga 1987, Senat telah menolak lebih daripada dua rang undang-undang setiap tahun, tetapi ia telah meningkat sejak beberapa tahun belakangan ini.[1] Tambahan pula, ahli-ahli Kabinet bertanggungjawab sepenuhnya kepada Dewan Rakyat. Walaupun Perdana Menteri dan seluruh kabinet kekal di dalam jawatan hanya sementara selagi mereka mengekalkan keyakinan di dalam Dewan Rakyat, para senator pula tidak tertakluk denga peraturan sedemikian. Walaupun undang-undang biasanya boleh diperkenalkan di mana-mana dewan, kebanyakan rang kerajaan bermula di Dewan Rakyat dengan Senat bertindak sebagai dewan "pemikiran kedua yang waras" (seperti yang digelarka oleh Perdana Menteri pertama Kanada, Sir John A. Macdonald).[2]

Senat_Kanada

Pemimpin Pembangkang
Larry Smith, Konservatif
sejak 1 April 2017
Pemimpin Kokus Liberal Senat
Sistem pengundian
Dilantik oleh Gabenor Jeneral dengan nasihat Perdana Menteri
Kumpulan politik
Wakil Kerajaan
Peter Harder, Bebas
sejak 23 Mac 2016
Ahli 105
Pemudah Cara ISG
Yuen Pau Woo, ISG
sejak 25 September 2017
Jenis
Speaker
George Furey, Bebas
sejak 3 Disember 2015