Sengauan_lelangit

Sengauan lelangit ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan. Bunyi ini dilambangkan oleh ɲ dalam Huruf Fonetik Antarabangsa, dan J dalam X-SAMPA. Lambang IPA-nya berupa huruf n kecil yang tertumbuh ekor yang menghadap ke kiri di bawah batang kiri huruf berkenaan. Bandingkan huruf n dan ɲ. Aksara ɲ serupa dengan ɳ, iaitu lambang sengauan gelungan yang tertumbuh cangkuk menghadap kanan di bawah batang kanan, dan juga ŋ, iaitu lambang sengauan velar yang tertumbuh cangkuk yang menghadap ke kiri di bawah batang kanan.Sengauan lelangit diwakili oleh dwihuruf ny dalam bahasa Melayu, contohnya: nyata, penyu, hanya.