Seni_bina_Norman
Seni_bina_Norman

Seni_bina_Norman

Kata Seni bina Norman digunakan untuk mengkategorikan gaya-gaya seni bina Romanesque yang dibangunkan oleh orang Norman di tanah-tanah jajahan mereka dalam zaman abad ke-11 dan ke-12. Secara tradisi, istilah ini digunakan khususnya buat seni bina Romanesque Inggeris. Orang Norman membina banyak istana kota dan kubu, termasuk menara utama Norman, dan juga biara (monastery dan abbey), Gereja dan katedral, dengan gaya yang bercirikan gerbang bulat Norman (khususnya pada tingkap dan pintu), dan terutamanya dalam saiz yang besar berbanding dengan variasi gaya seni bina serantau.