Seni_bina_komputer

Dalam bidang sains komputer, seni bina ialah reka bentuk konsep dan struktur pengendalian asas sesebuah sistem komputer. Seni bina ini merupakan rangka tindakan dan perihal fungsi keperluan dan pelaksanaan reka bentuk untuk setiap bahagian komputer, terutamanya cara unit pemprosesan pusat (CPU) berfungsi secara dalaman dan mencapai alamat dalam ingatan.Seni bina komputer juga ditakrifkan sebagai sains dan kesenian pemilihan dan penyambungan komponen-komponen perkakas untuk menghasilkan komputer yang fungsinya memadai, prestasinya memuaskan dan kosnya berpatutan.Seni bina komputer merangkumi sekurang-kurangnya tiga subkategori utama:[1]Selepas menentukan seni bina set suruhan dan mikro, peranti sebenar harus direka bentuk menjadi perkakas. Proses reka bentuk ini dipanggil pelaksanaan. Pelaksanaan ini biasanya tidak dianggap sebagai perihal seni bina, sebaliknya lebih kepada reka bentuk kejuruteraan perkakas. Pelaksanaan ini dipecahkan lagi kepada tiga pertimbangan: Bagi CPU, seluruh proses pelaksanaan selalunya dipanggil rekaan CPU.