Senjata_nuklear
Senjata_nuklear

Senjata_nuklear

Senjata nuklear adalah senjata yang mendapat tenaga dari tindak balas nuklear dan mempunyai kuasa pemusnah yang besar. Sebiji bom nuklear mampu memusnahkan sebuah bandar. Senjata nuklear hanya dua kali digunakan dalam sejarah dunia iaitu dalam Perang Dunia II oleh Amerika Syarikat terhadap bandar-bandar Jepun iaitu Hiroshima and Nagasaki. Negara kuasa nuklear adalah Amerika Syarikat, Rusia, United Kingdom, Perancis, Republik Rakyat China, India dan Pakistan. Selain itu, negara Israel dipercayai mempunyai senjata nuklear, walaupun tidak diuji dan Israel enggan mengisytiharkan sama ada ia memiliki senjata nuklear ataupun tidak. Lihat senarai negara dengan senjata nuklear untuk lebih terperinci.Senjata nuklear kini dapat dilancarkan melalui pelbagai cara seperti melalui kapal terbang pengebom, peluru berpandu, peluru berpandu balistik, dan peluru berpandu balistik antara benua.