Senjutsu_(Naruto)
Senjutsu_(Naruto)

Senjutsu_(Naruto)

Dalam Naruto, Senjutsu (仙術, Teknik Pendeta) merujuk kepada penggunaan jutsu secara khusus yang membenarkan pengunanya mengesan dan mengumpulkan tenaga semulajadi yang terdapat di sekeliling mereka. Pengamal kemudiannya boleh menggunakan tenaga semulajadi tersebut dan mencampurkannya dengan tenaga mereka sendiri (chakura yang dihasilkan oleh tenaga fizikal dan tenaga spiritual) yang mana ianya akan menghasilkan sejenis chakura baru yang dipanggil "chakura senjutsu" (仙術チャクラ, chakura pendeta).Chakura baru ini membolehkan penggunanya untuk melancar satu keadaan berkuasa yang dipanggil Mod Pendeta, yang mana ianya akan meningkatkan kekuatan semua teknik ninjutsu, genjutsu dan taijutsu penggunanya secara drastik. Seseorang yang mampu menggunakan senjutsu dipanggil Pendeta (仙人, sennin). Teknik ini berasal hanya dari pergunungan Myobukuzan, kerana hanya Shima, Fukasaku, Jiraiya dan Naruto Uzumaki sahaja pernah menggunakannya. Gamakichi dan Gamatatsu juga dilihat memiliki kebiasaan dengan teknik ini.