Senoi

Orang-orang Senoi di Malaysia, mendiami lereng Titiwangsa iaitu di pedalaman Negeri Perak, Kelantan dan Pahang, dan merupakan salah satu kaum Orang Asli di Malaysia. Terdapat 6 suku kaum di dalam rumpun bangsa Senoi iaitu Che Wong, Mahmeri, Jah Hut, Semoq Beri, Semai dan Temiar.Orang-orang Senoi merupakan orang pemburu dan pengumpul yang dilaporkan menggunakan mimpi jelas bagi memastikan mereka kekal gembira dan kesihatan mental. Lapuran kajian lapangan yang dilakukan oleh Kilton Stewart sebelum Perang Dunia II dan diterbitkan pada awal 1950-an. Parapsykhologi Charles Tart dan pedagogi George Burr Leonard kemudian menonjolkan gambaran Stewart melalui buku dan pusat rehat Institute Esalen. Penyelidik terkemudian tidak dapat mengesahkan kajian Stewart. Pada 1985 G. William Domhoff mengatakan bahawa dalam The Mystique of Dreams bahawa anthropologist yang bekerja dengan penduduk Temiar/Senoi melaporkan bahawa mereka biasa dengan konsep mimpi jelas (lucid dreaming) dan ia tidak terlalu penting bagi mereka.