Seollal

Seollal (hangul: 설날 "Hari Tahun Baru"; Bahasa Inggeris: Korean new year) atau Gujeong (구정, hanja: 舊正 "Bulan Pertama Lama") atau Tahun Baru Korea ialah hari pertama dalam tahun kalendar Korea qamari dan juga perayaan Korea yang terpenting sekali. Seollal terdiri daripada satu tempoh keraian yang bermula pada Hari Tahun Baru selama tiga hari. Oleh sebab kalendar Korea seiras dengan kalendar Cina qamari, maka Tahun Baru Korea disambut pada hari yang sama dengan Tahun Baru Cina.[1]Inilah hari anak bulan kedua selepas solstis musim sejuk, melainkan apabila adanya satu bulan kesebelas atau kedua belas lompat menjelang Tahun Baru, yang mana Tahun Baru jatuh pada hari anak bulan ketiga selepas solstis itu. (Ini akan berlaku seterusnya pada tahun 2033.) Tteok guk sering dihidangkan pada perayaan ini.Ramai orang Korea ingin menyambut Tahun Baru (kedua-dua takwim suria dan qamari) dengan melawat Pantai Timur negara seperti di bandar-bamdar Gangneung dan Donghae di wilayah Gangwon, di mana mereka dapat melihat sinaran matahari yang pertama untuk tahun yang baru.[2]