Sepak_bulu_ayam
Sepak_bulu_ayam

Sepak_bulu_ayam

Sepak Bulu Ayam merupakan sejenis permainan tradisional yang dimainkan di Malaysia. Ia juga dikenali sebagai sebuyam atau chapteh. Permainan ini boleh dimainkan secara berseorangan atau lebih. Sekiranya ia dimainkan secara berseorangan, pemain akan cuba menyepaknya seberapa banyak yang mungkin dan seberapa lama yang mungkin. Ini biasanya dikenali sebagai menimang. Menimang juga boleh dimainkan lebih daripada satu orang, dan pemain bergilir menimang bulu ayam, sementara pemain lain mengira berapa kali sepakan dibuat.Sekiranya ia dimainkan lebih dari satu pemain, kumpulan dengan terdiri beberapa orang boleh dibentuk. Permainan ini adalah seperti permainan sepak raga, tetapi bola yang digunakan adalah dari bulu ayam yang telah dibentuk seperti sejambak bunga.