Sepakan_penalti

Sepakan penalti merupakan sepakan percuma dalam sukan yang diambil di dalam kawasan kotak penalti.Sepakan penalti yang sama turut dilakukan dalam satu pertandingan untuk menentukan pemenang apabila perlawanan berkesudahan dengan keputusan seri. Meskipun mempunyai prosedur yang sama, secara teknikalnya sepakan tersebut bukan seperti sepakan penalti dalam perlawanan biasa kerana mempunyai peraturan yang berbeza.