Budaya Sepanyol

The Hemispheric di Ciutat de les Arts i les Ciències, Valencia

Sepanyol merupakan negara yang bergunung-ganang di barat daya Eropah yang terdiri daripada pelbagai kawasan yang berbeza geografinya dan dikenali kerana warisannya yang pelbagai budaya kerana pernah dipengaruhi banyak negara lain dan tokoh-tokoh sepanjang sejarahnya. Budaya Sepanyol berakar umbi dalam budaya Celtiberia, Latin, Visigothik, Katolik, dan secara kecil-kecilan, Islam, serta perselisihan yang berterusan antara negeri pusat (yang didominasi sejak berabad lalu oleh Castile) dengan beberapa rantau dan golongan minoriti. Tambahan pula, sejarah negara dan persekitaran Mediterranean dan Atlantiknya banyak berperanan dalam membentuk budayanya.

Sepanyol mempunyai bilangan Tapak Warisan Dunia UNESCO kedua tertinggi di dunia, iaitu 40 kesemuanya, mengekori Itali.

Pendidikan di Sepanyol

Rencana utama: Pendidikan di Sepanyol

Rangka pendidikan di Sepanyol dihuraikan dalam rencana ini. Pendidikan Negeri di Sepanyol adalah percuma dan wajib dari usia 6 hingga 16 tahun. Sistem pendidikan masa kini bergelar LOGSE (Ley de Ordenación General del Sistema Educativo).

Akademi Sepanyol

Real Academia Española ("Akademi Sepanyol Diraja"; RAE) ialah institusi yang bertanggungjawab untuk mengawal penggunaan bahasa Sepanyol. Akademi ini bertapak di Madrid, Sepanyol, dan digabungkan bersama akademi-akademi bahasa kebangsaan di 21 negara berbahasa Sepanyol melalui Persatuan Akademi-akademi Bahasa Sepanyol.

Seni Sepanyol

"Las Meninas" oleh Diego Velázquez, 1656–57

Kesenian Sepanyol ialah sebentuk seni yang penting dan berpengaruh di Eropah. Seni Sepanyol ialah nama yang diberi kepada disiplin dan karya kesenian yang berkembang di Sepanyol sepanjang masa, dan juga yang dibuat oleh pengarang Sepanyol di seluruh dunia. Oleh sebab kepelbagaian sejarah, geografi dan generasi, seni Sepanyol telah mengenali sebilangan besar pembawa pengaruh. Warisan Moor di Sepanyol, terutamanya di Andalusia masih jelas dilihat pada masa kini di bandaraya seperti Córdoba, Seville, dan Granada. Pengaruh negara Eropah lain termasuklah Itali, Jerman dan Perancis, khususnya ketika zaman Barok dan Neoklasik.

Kesusasteraan Sepanyol

Cantar de Mio Cid ialah cantar de gesta berbahasa Sepanyol tertua yang masih wujud.

Kesusasteraan Sepanyol ialah nama yang diberi kepada karya sastera yang dikarang di Sepanyol sepanjang zaman, dan oleh pengarang Sepanyol di seluruh dunia. Oleh sebab kepelbagaian sejarah, geografi dan generasi, seni Sepanyol telah mengenali sebilangan besar pembawa pengaruh dan, maka itu, banyak kepelbagaiannya.

Seni bina Sepanyol

Alhambra. Pandangan Istana Singa-singa

Seni bina Sepanyol menyentuh mana-mana kerja seni bina yang dijalankan ketika mana-mana zaman di Sepanyol masa kini, dan oleh jurubina Sepanyol di seluruh dunia. Istilah ini termasuklah bangunan-bangunan yang dibina dalam batasan geografi Sepanyol sebelum nama ini diberi kepada wilayah-wilayahnya (sama ada bergelar Hispania, Al-Andalus, atau dibenutuk daripada beberapa kerajaan Kristian). Oleh sebab kepelbagaian sejarah dan geografinya, seni bina Sepanyol turut mengalami banyak pengaruh.

Contohnya, Cordoba ditubuhkan sebagai pusat kebudayaan ketika dinasti Umayyad. Serentak dengan itu, kerajaan-kerajaan Kristian beransur-ansur timbul dan memajukan gaya tersendiri, mula-mulanya banyak berasingan daripada pengaruh seni bina Eropah, dan kemudiannya bersepadu dengan aliran Romanesque dan Gothic, lalu mencapai kemuncak yang mengagumkan dengan berbilang-bilang contoh di sekitar seluruh wilayahnya. Gaya Mudéjar yang diamalkan dari abad ke-12 hingga abad ke-17, disifatkan sebagai campuran pengaruh budaya Eropah dan Arab.

Ketibaan Modernisme di arena akademik menghasilkan tokoh-tokoh seperti Gaudí dan kebanyakan seni bina abad ke-20. Gaya seni bina antarabangsa diterajui pergerakan seperti GATEPAC. Sepanyol sedang mengalami satu revolusi dalam seni bina kontemporari dan Arkitek-arkitek Sepanyol seperti Rafael Moneo, Santiago Calatrava, Ricardo Bofill dan lain-lain meraih perhatian seluruh dunia.

Muzik Sepanyol

Muzik Sepanyol sering disamakan oleh orang luar dengan flamenco, satu genre muzik Andalusia yang sebenarnya tida terkenal di luar rantau tersebut. Pelbagai gaya muzik rakyat rantauan terdapat di Aragon, Catalonia dan Castile. Muzik moden seperti pop, rock, hip hop dan heavy metal juga popular.

Tapas Calamares

Masakan Sepanyol

Rencana utama: Masakan Sepanyol

Masakan Sepanyol terdiri daripada beraneka hidangan yang tercetus daripada perbezaan geografi, budaya dan iklim, serta banyak dipengaruhi oleh makanan laut yang terdapat dari perairan yang mengelilingi negara, dan mencerminkan akar umbi Mediterraneannya yang mendalam. Sejarah panjang Sepanyol yang melihatkan banyak pengaruh budaya membawa kepada masakan yang unik.

Sukan di Sepanyol

Sukan di Sepanyol selama ini didominasi oleh bola sepak (sejak awal abad ke-20), lumba basikal dan lawan lembu (sejak abad ke-17). Kini, Spain ialah sebuah kuasa sukan utama di dunia, terutamanya sejak Sukan Olimpik 1992 yang dianjurkan di Barcelona dan melariskan beraneka sukan di negara ini. Industri pelancongan banyak membantu meningkatkan prasarana sukan, terutamanya untuk sukan air, golf dan ski.

Cuti umum di Sepanyol

Cuti umum yang dirai di Sepanyol merangkumi secampuran amalan-amalan keagamaan (Katolik), kebangsaan dan rantauan. Setiap majlis perbandaran dibenarkan untuk mengisytiharkan maksima 14 cuti umum setiap tahun; sebanyak sembilan daripadanya dipilih oleh kerajaan negara dan sekurang-kurangnya kedua dipilih di peringkat setempat.

Rujukan

WikiPedia: Sepanyol http://www.frontpagemag.com/Articles/ReadArticle.a... http://www.ine.es/prodyser/pubweb/anuario08/anu08_... http://www.la-moncloa.es/NR/rdonlyres/2E85E75E-E2D... http://spain.global-travel.mobi/index-espaniol.htm... http://eltiempo.growiktionary.org http://www.imf.org/external/pubs/ft/weo/2006/02/da... http://www.imf.org/external/pubs/ft/weo/2018/01/we... http://stats.oecd.org/WBOS/ViewHTML.aspx?QueryName... http://www.oecd.org/dataoecd/51/21/37392840.pdf http://www.oecdobserver.org/news/fullstory.php/aid...