Serangan_Teluk_Babi

Serangan Teluk Babi 1961 adalah cubaan pencerobohan yang gagal oleh warga bersenjata Cuba dalam buangan yang dirancang dan dibiayai oleh Amerika Syarikat. Cubaan ini dilakukan dalam usaha menggulingkan kerajaan Fidel Castro, dan ia berlaku tidak lama selepas John F. Kennedy menjadi Presiden Amerika Syarikat. Tindakan ini disusuli dengan hubungan dingin Cuba-Amerika Syarikat yang diburukkan lagi dengan Krisis Peluru Berpandu Cuba pada tahun berikutnya.Pencerobohan ini dinamakan sempena Teluk Babi, tempat di mana pendaratan berlaku. Di Cuba ia dikenali sebagai Invasión de Bahía de Cochinos atau Playa Girón.