Geografi Serbia

Rencana utama: Geografi Serbia
Peta SerbiaKomponen-komponen geografi Serbia.

Serbia terletak di Eropah di semenanjung Balkan dan Dataran Pannonian, tepat di persimpangan antara Eropah Tengah, Selatan, dan Timur. Terdapat lima batang sungai di negara ini, iaitu:

  1. Sungai Danube yang sepanjang 2,850 kilometer mengalir merentasi bahagian utara satu pertiga kawasan negara ini. Sebahagian sungai ini sepanjang 588 kilometer membentuk sempadan antara Croatia dan sebahagian Romania.
  2. Sungai Sava yang membentuk sempadan selatan provinsi Vojvodina mengalir masuk ke Sungai Danube di Belgrade tengah, dan melangkau bukit-bukit Fruška Gora di barat.
  3. Sungai Tisza yang terletak enam puluh kilometer di timur laut Belgrade mengalir masuk ke Sungai Danube dan menamatkan pengalirannya sepanjang 1,350 kilometer dari Ukraine.
  4. Sungai Tamis (60 km/350 km) yang sebahagiannya boleh dilayari mengalir masuk ke Sungai Danube berhampiran dengan Pancevo.
  5. Sungai Begej (254 km) mengalir masuk ke Sungai Tisza berhampiran dengan bandar Titel.

Kesemua lima sungai ini boleh dilayari, dan menghubungkan negara ini dengan:

Sempadan timur negara ini ditetapkan oleh Banjaran Karpatos yang terbentang seluruh EropahTengah. Banjaran Karpatos bertemu dengan Banjaran Gunung Balkan, dan mengikut laluan Sungai Velika Morava, sebatang sungai yang 500 kilometer panjangnya dengan sebahagiannya boleh dilayari.

Puncak Gunung Midzor ialah puncak tertinggi di Serbia Timur pada 2,156 meter tingginya. Di tenggara, Banjaran Gunung Balkan bertemu dengan Banjaran Gunung Rhodope, dan menghubungkan Serbia dengan Greece. Banjaran Gunung Sar di Kosovo membentuk sempadan dengan Albania, dengan Gunung Djeravicanya (2,656 m) merupakan salah satu gunung yang tertinggi di wilayah ini. Rantaian Gunung Alp Dinarik di Serbia yang mengikut arah pengaliran Sungai Drina (350 kilometer panjangnya, dan hanya boleh dilayari oleh kapal-kapal kecil) menghadap puncak-puncak Dinarik di sebelah pantai bertentangan di Bosnia dan Herzegovina.

Iklim

Iklim Serbia berbeza-beza antara iklim kebenuaan di utara, dengan iklim yang lebih Adriatik di selatan. Iklim kebenuaannya di utara mempunyai musim sejuk yang betul-betul sejuk, dan musim panas yang panas dan lembap, dengan pola hujan yang agak seragam, manakala iklim di selatan mempunyai musim panas dan musim bunga yang panas dan kering, serta musim sejuk dan musim luruh yang agak sejuk, dengan salji yang lebat di kawasan pedalaman.

Perbezaan-perbezaan ketinggian, kehampiran dengan Laut Adriatik dan lembangan-lembangan yang besar, serta juga pendedahkan kepada angin menyebabkan perbezaan iklim. [5] Vojvodina mempunyai iklim kebenuaan yang tipikal, dengan jisim-jisim udara dari Eropah Utara dan Barat yang membentuk profil iklim. Bagaimanapun, Banjaran Alp Dinarik menyumbangkan kepada penyejukan sebahagian besar jisim-jisim udara yang hangat. Serbia Selatan dan Tenggara dipengaruhi oleh Laut Mediterranean, manakala musim-musim sejuk di Sandžak adalah agak teruk, akibat keberadaan gunung-gunung yang mengelilingi penara. [6]

Antara tahun-tahun 196190, suhu udara tahunan purata di kawasan-kawasan Serbia, mengikut ketinggiannya, adalah seperti yang berikut:

  • altitud setinggi 300 meter: 10.9°C;
  • altitud antara 300 - 500 meter: sekitar 10.0 °C;
  • altitud melebih 1000 meter: sekitar 6.0 °C. [7]

Bandaraya-bandaraya

Dataran utama Zrenjanin

Bandaraya-bandaraya utama (melebihi 100,000 orang penghuni) — data banci 2002.

Senarai bandaraya dan kawasan perbandaran Serbia yang terbesar
Bandar rayaJumlah penduduk
BandarKawasan Perbandaran
Belgrade1,273,6511,576,124
Novi Sad215,659298,139
Niš194,790250,518
Kragujevac145,980211,580
Leskovac78,030156,252
Subotica99,471147,758
Zrenjanin79,545131,509
Kruševac75,256131,368
Pančevo77,087127,162
Kraljevo57,411121,707
Čačak73,217117,012
Smederevo77,808109,867
Sombor51,47197,263
Valjevo61,03596,761

National parks

Serbia has five national parks:

Rujukan

WikiPedia: Serbia http://www.britannica.com/eb/article-92892/Serbia http://www.germannotes.com/hist_ww1_opening.shtml http://www.infoplease.com/spot/yugotimeline1.html http://adsabs.harvard.edu/abs/2002EGSGA..27.2283R http://clcwebjournal.lib.purdue.edu/clcweb99-2/del... http://archive.is/20121208183707/http://www.world-... http://www.croatianhistory.net/etf/et112.html http://www.1911encyclopedia.org/Servia http://www.lahana.org/blog/Second%20Balkan%20War.h... http://www.newadvent.org/cathen/13732a.htm