Nama Serbia

Dalam karya-karya bahasa Inggeris abad ke-17 hingga awal abad ke-20, Serbia sering dirujuk sebagai Servia. [1][2] Bagaimanapun, orang Serbia berasa geram terhadap penggunaan nama ini kerana perkaitan perkataan "Servia" dengan perkataan Latin, servus, yang membawa pengertian abdi atau pembantu. [3][1] Akhbar-akhbar British menamatkan penggunaan istilah ini menjelang dekad 1930-an, hakikat apa yang dikatakan usaha-usaha Vojislav M. Petrovich, penerbit tatabahasa Serbia di London. [4] Bagaimanapun, cendekiawan-cendekiawan kini bersetuju bahawa nama Serbia tidak berasal daripada perkataan servus.

Nama Serboi berasal daripada karya-karya Tacitus, Plinius, dan Ptolemy pada abad ke-1 dan ke-2 yang memerihalkan sekumpulan penduduk yang tinggal di bahagian utara Kaukasia. Selepas penghijrahan masuk ke Eropah Tengah, Orang Serbia Putih mengasaskan negara Sorbia (Serbia Putih) pada abad ke-5. Ketibaan mereka di Balkan dipercayai berlaku pada tahun 630, ketika orang Serbia menetap di kalangan puak-puak Slavik yang lain yang menetap di sana seabad lebih awal. Mereka kemudian bersama-sama membentuk sebuah negara Serbia, dengan rajanya dimahkotai sebagai "Raja semua Orang Serb" dan bukannya "Raja Serbia", dan negara mereka dipanggil "Tanah-tanah Serb" dan bukannya Serbia. Ini adalah kerana kebanyakan orang Serbia tinggal di berbagai-bagai kawasan puak, seperti Dioclea dan Travunija, dan bukannya di sebuah negara yang bersatu; negara bersatu yang pertama dibentuk di bawah Dinasti Vlastimirovic pada abad ke-9, dan telah muncul banyak kali dalam Sejarah Serbia.

Rujukan

WikiPedia: Serbia http://www.britannica.com/eb/article-92892/Serbia http://www.germannotes.com/hist_ww1_opening.shtml http://www.infoplease.com/spot/yugotimeline1.html http://adsabs.harvard.edu/abs/2002EGSGA..27.2283R http://clcwebjournal.lib.purdue.edu/clcweb99-2/del... http://archive.is/20121208183707/http://www.world-... http://www.croatianhistory.net/etf/et112.html http://www.1911encyclopedia.org/Servia http://www.lahana.org/blog/Second%20Balkan%20War.h... http://www.newadvent.org/cathen/13732a.htm