Serf

Serf [sĕrf] merujuk kepada individu yang diperhambakan bekerja cucuk tanam oleh pembesar-pembesar feudal tertentu di Eropah pada zaman dahulu, terutamanya semasa zaman Pertengahan. Hamba-hamba ini bekerja di ladang, lombong atau hutan persendirian milik tuan tanah lalu tuan tanah memberikan perlindungan, keadilan, dan hak mengelola sebahagian ladang milik tuan tanah untuk saraan hidup mereka sendiri sebagai balasan.Kedudukan golongan ini berada di antara orang merdeka (freeman) dan hamba abdi (slave)