Setasea
Setasea

Setasea

Mysticeti
Odontoceti
Archaeoceti (pupus)
(sila lihat teks untuk famili)Setasea ialah satu order yang merangkumi ikan paus, dolfin, dan ikan lumba-lumba. Cetus ialah perkataan bahasa Latin dan digunakan untuk nama biologi bagi bermaksud "ikan paus"; maksud asalnya, "haiwan laut yang besar" adalah lebih umum. Perkataan ini berasal daripada bahasa Greek ketos ("raksasa laut"). Setologi ialah cabang sains laut yang mengkaji setasea.Setasea merupakan mamalia yang paling disesuaikan untuk kehidupan di dalam air. Badanya fusiform (bentuk spindel). Anggota hadapannya diubahsuaikan menjadi kaki sirip, sedangkan anggota belakangnya yang amat kecil adalah saki yang tidak bersendi dengan tulang belakang dan disembunyikan di dalam badan. Ekornya mempunyai fluk yang melintang. Setasea adalah mamalia yang hampir tidak berbulu, dan badannya ditebat dengan satu lapisan bluber yang tebal.Order Setasea mengandungi melebihi lapan puluh spesies yang dibahagikan kepada dua suborder: