Sambutan Setem_(filem)

Hasil kutipan

Walaupun berada di tangga ke-5 pada minggu pembukaannya (30 Julai–2 Ogos)[7], namun filem Setem berjaya naik ke tangga ke-4 pada minggu seterusnya (6–9 Ogos)[8], apatah lagi berjaya mencecah RM1 juta dari hasil kutipan tiket pada dua minggu terawalnya.[9]

Setelah tamat tayangannya di pawagam, jumlah kutipan filem Setem agak memuaskan iaitu sejumlah RM 1.27 juta, biarpun tidak berjaya melitupi perbelanjaan pembikinannya sebanyak RM 1.9 juta.[10]

Ulasan

Filem Setem tidak kurang menyambut ulasan positif dari media hiburan tanahair, rata-rata memperakui keberkesanan jenaka yang dirasai oleh penonton. Keith Jonathan Deuntzer yang mengulas filem ini di tayangan perdananya untuk mStar Online berkata "Plot atau jalan penceritaan filem itu sangat mudah diikuti dan sesuai ditonton semua lapisan masyarakat. Gabungan Afdlin dan Rashidi Ishak serta Sathiya dan Indi Nadarajah dalam filem itu adalah faktor utama yang memberi kekuatan kepada filem itu. Que Haidar juga berjaya menjiwai wataknya sebagai seorang yang buta."[11]

Au Yeong How, juga untuk mStar, mengulas "Kabir mempunyai cara tersendiri untuk 'mempermainkan' emosi para penonton. Pengarah tersohor ini mempunyai sentuhan magis untuk memancing, mengekalkan dan mengembangkan minat para penonton melalui tempoh tayangan selama 110 minit itu. Pujian harus diberikan kepada Afdlin Shauki, Bront Palarae, Indi Nadarajah dan Sathia. Karakter-karakter mereka adalah penuh humor. Percakapan mereka, gaya pakaian, mahupun bahasa badan cukup melucukan!" Tetapi Au Yeong juga mengulas wujudnya babak tidak logik. "Misalnya, Bront Palarae masih hidup walaupun dibom. Afdlin mengelak peluru dengan menggunakan kotak mekanik ketika terperangkap dalam but kereta. Perkara remeh itu boleh diketepikan kerana penonton sudah leka dibuai keseronokan humor yang cuba dipaparkan oleh penonton."[11]

Shazryn Mohd Faizal "Setem berjaya mengetengahkan mesej yang mengutarakan tentang persahabatan yang terjalin tanpa mengira latar belakang serta kaum dan bahasa sekali gus mengangkat tema 1Malaysia yang diperjuangkan hari ini," apatah lagi "tidak perlu memaksa audiens ketawa terbahak-bahak menerusi adegan slapstick serta aksi murah pelakonnya seperti mana sesetengah filem komedi lain yang pernah diterbitkan sebelum ini.Sebaliknya, humor yang ditampilkan dalam filem ini dibangkitkan menerusi permainan watak dan karakter pemainnya serta ditambah dengan perjalanan cerita yang berjaya menggeletek penonton. Skrip yang bijak serta pengucapan dialog oleh para pendokong watak dalam filem ini menjadikan Setem begitu 'mahal'."[12]

Rujukan

WikiPedia: Setem_(filem) http://www.setemmovie.com http://www.star-ecentral.com/news/story.asp?file=/... http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/H... http://www.cinema.com.my/charts/charts.aspx?date=0... http://www.cinema.com.my/charts/charts.aspx?date=0... http://www.murai.com.my/article/default.asp?articl... http://www.sinemamalaysia.com.my/film/info/?id=Set... http://www.sinemamalaysia.com.my/main/clippingnews... http://www.sinemamalaysia.com.my/main/clippingnews... http://www.sinemamalaysia.com.my/main/clippingnews...