Setem_peringatan
Setem_peringatan

Setem_peringatan

Setem peringatan atau setem kenang-kenangan merupakan setem bertema yang dikeluarkan pada masa-masa tertentu bagi mengingati sesuatu perkara atau peristiwa. Ia juga dikenali sebagai setem komemoratif. Setem ini juga dikeluarkan untuk memperkenalkan pelbagai budaya, tokoh, flora dan fauna, pemandangan, alat-alat tradisonal atau lainnya bagi sesebuah negara. Setem jenis ini biasanya lebih cantik dan berwarna-warni berbanding setem definitif.Terdapat setem jenis ini yang dipaparkan dalam pelbagai bentuk istimewa.