Severus_Snape
Severus_Snape

Severus_Snape

Severus Snape (lahir pada 9 Januari 1960) adalah sebuah watak rekaan di dalam novel rekaan J.K. Rowling iaitu Harry Potter. Beliau pernah menjadi guru subjek posyen Posyen dan ketua kepada rumah pasukan Slytherin selama 16 tahun di Sekolah Sihir Hogwarts yang merupakan latar utama novel tersebut. Watak ini paling tidak digemari oleh watak utama Harry Potter di atas sikap dan toleransinya yang berat sebelah.Paras fizikal Snape sering digambarkan sebagai orang yang tinggi lampai, kurus, hidung yang mencangkuk, dan rambut berminyak serta tidak terurus dan memakai jubah hitam yang diibaratkan seperti seekor keluang.Rowling mendakwa yang beliau meminjam nama sebuah kampung Inggeris di Suffolk iaitu "Snape". Nama pertama beliau iaitu "Severus" berasal dari perkataan Latin iaitu "tegas", "kasar" dan "jahat". Terdapat juga perkaitan Zaman Maharaja Rom iaitu Dinasti Severan, yang terkenal dengan sifat diktator.Di dalam filem, watak ini dilakonkan oleh Alan Rickman.
Amaran Spoiler: Terdapat penerangan plot atau penamatan yang mungkin anda masih belum ingin mengetahuinya.

Berkaitan