Shaanxi
Shaanxi

Shaanxi

 Shaanxi (bantuan·maklumat) (Cina Ringkas: 陕西; Cina Tradisional: 陝西; pinyin: Shǎnxī; Ejaan peta pos: Shensi) ialah sebuah wilayah utara Republik Rakyat China, dan merangkumi beberapa bahagian Penara Loess di kawasan tengah Sungai Kuning dan juga Pergunungan Qinling yang merentasi bahagian selatan wilayah.Mengikut hukum Hanyu Pinyin biasa, jika tanda nada tidak ditulis, kedua-dua Shaanxi dan wilayah jiran Shanxi sepatutnya dieja "Shanxi"; bezanya ada pada nadanya: Shānxī dan Shǎnxī. Untuk menjelaskan perbezaannya tanpa tanda nada, ejaan "Shaanxi" diikhtiarkan (berdasarkan sistem perumian Yuen Ren Chao) untuk wilayah Shǎnxī, manakala "Shanxi" adalah untuk wilayah Shānxī. Shaanzi juga dijadikan ejaan rasmi di Portal web rasmi Kerajaan China.