Shahrizat_Abdul_Jalil
Shahrizat_Abdul_Jalil

Shahrizat_Abdul_Jalil

Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil (lahir 15 Ogos 1953) ialah bekas Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia dan bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai. Beliau memegang jawatan Ketua Wanita setelah mengalahkan pencabarnya yang juga merupakan penyandang terdahulu iaitu Tan Sri Rafidah Aziz semasa Perhimpunan Agung UMNO 2009.Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil merupakan orang kuat dalam menangani isu-isu berkaitan wanita dan institusi kekeluargaan. Menurut beliau, banyak pengorbanan perlu dilakukan dari segi masa dan tenaga untuk memastikan ahli politik wanita tidak dipandang sebelah mata dan diperlekehkan. Bagi membina kekuatan itu, ramuan yang paling penting adalah memperlengkapkan diri dengan ilmu di samping kekuatan mental dan fizikal.Maka dengan kekuatan itu, apa jua pandangan dan soalan yang dikemukakan kepadanya berhubung isu-isu wanita dan keluarga dapat dijawab dan ditangani sebaik mungkin. [1]