Shahrukh_Khan

Datuk Shah Rukh Khan (lahir 2 November 1965), dikreditkan sebagai SRK, ialah seorang pelakon, penerbit dan pengacara televisyen India. Sering dirujuk oleh media sebagai "Badshah of Bollywood", "King Khan", "King of Romance" dan "The King of Bollywood", Khan telah berlakon dalam 75 buah filem Hindi dalam pelbagai genre, dari filem romantik ke filem aksi.[1] Beliau telah berkahwin dengan penerbit filem dan pereka hiasan dalaman, Gauri Khan, sejak 1991 dan mereka mempunyai tiga anak, beliau menjadi signifikan di rantau Asia dan diaspora India di seluruh dunia.[2][3][4]Khan memulakan kerjayanya dengan penampilan dalam beberapa siri televisyen pada lewat 1980-an. Beliau membuat kemunculan di industri perfileman Bollywood pada tahun 1992 dengan Deewana. Pada awal kerjayanya, Khan telah diiktiraf bagi menjayakan peranan jahat dalam filem Darr (1993), Baazigar (1993) dan Anjaam (1994). Beliau kemudian menjadi terkenal selepas membintangi siri filem romantis, termasuk Dilwale Dulhania Le Jayenge (1995), Dil To Pagal Hai (1997), Kuch Kuch Hota Hai (1998), Mohabbatein (2000) dan Kabhi Khushi Kabhie Gham (2001). Beliau memperoleh pujian kritis untuk watak seorang penagih alkohol dalam Devdas (2002), seorang saintis NASA dalam Swades (2004), seorang jurulatih hoki di Chak De! India (2007) dan seorang lelaki dengan sindrom Asperger dalam My Name Is Khan (2010). Filem kutipan tertinggi beliau termasuk komedi Chennai Express (2013), Happy New Year (2014) dan filem aksi jenayah Raees (2017). Banyak filem-filem beliau memaparkan tema identiti kebangsaan India dan hubungan dengan masyarakat diaspora, atau jantina, perbezaan kaum, sosial dan agama dan rasa tidak puas hati. Atas sumbangan beliau kepada filem, Kerajaan India mengurniakan Padma Shri, dan Kerajaan Perancis menganugerahkan beliau kedua-dua Ordre des Arts et des Lettres dan Legion d'honneur.Sehingga 2015, Khan juga pengerusi bersama syarikat penerbitan filem Red Chillies Entertainment dan anak-anak syarikatnya, dan merupakan pemilik bersama pasukan kriket Liga Perdana India Kolkata Knight Riders. Beliau ialah seorang personaliti televisyen dan sering membuat persembahan pentas. Media sering melabelkan beliau sebagai "Jenama SRK" kerana banyak penajaan dan usaha keusahawanan beliau. Usaha kedermawanan Khan telah menyediakan penjagaan kesihatan dan bantuan bencana, dan beliau telah diberi penghormatan dengan anugerah Marni Pyramide con UNESCO pada tahun 2011 bagi sokongannya terhadap pendidikan kanak-kanak. Beliau kerap menampilkan dalam senarai orang yang paling berpengaruh dalam budaya India, dan pada tahun 2008, Newsweek menamakan beliau salah satu daripada lima puluh orang yang paling berkuasa di dunia bagi mereka.[5]

Shahrukh_Khan

Pekerjaan Pelakon, penerbit, penyampai televisyen
Nama asal शाहरुख खान
Ibu bapa Meer Taj Mohammed Khan (bapa)
Lateef Fatima Khan (ibu)
Pasangan Gauri Khan (k. 1991)
Tahun aktif 1988–kini
Anak Aryan Khan
Suhana Khan
Abram Khan
Warganegara India
Berat 75 kg (165 lb; 11.8 st)
Pendidikan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi
Saudara Shehnaz Lalarukh Khan (kakak)
Kelahiran Shahrukh Khan
(1965-11-02) 2 November 1965 (umur 54)
New Delhi, India
Ketinggian 1.73 m (5 ka 8+1⁄8 in)
Pusat pendidikan Kolej Hansraj
Universiti Delhi
Kediaman Mumbai, Maharashtra, India