Kerjaya Shamyl_Othman

Shamyl mendapat pendidikannya dalam filem di Melbourne, Australia, pada 1999. Dua filem pendek beliau, Father dan Second, yang ditulis dan diarahkan oleh beliau semasa kursus itu, ditayangkan di pelbagai festival filem termasuk Festival Filem dan Video Pendek Antarabangsa Manchester (2003), Festival Filem Antarabangsa Bangkok (2004) dan Festival Filem Antarabangsa Melbourne ke-51. Father juga memenangi Anugerah Emas untuk Filem Pendek ASEAN Terbaik di Anugerah Video Malaysia ke-8.

Selepas mendapat ijazah dalam Filem dan Televisyen pada tahun 2003, Shamyl pulang ke Malaysia dan mula bekerja sebagai pengarah dalam industri televisyen. Selama beberapa tahun pertamanya, beliau memainkan gabungan genre televisyen - dari siri drama dan telefilem ke rancangan realiti dan dokumentari. Projek awal beliau bersama Red Communications termasuk iklan dan kandungan berjenama untuk pelanggan korporat seperti Unilever, Petronas dan AirAsia. Beliau seterusnya memberi tumpuan kepada pembangunan kandungan dan mengarahkan program untuk siaran serantau. Antaranya ialah Waktu Rehat untuk Disney Channel dan My Ghost Story Asia untuk The Biography Channel (bio.) yang kedua-duanya merupakan pencalon di Anugerah Televisyen Asia.

Selain daripada hasil karya televisyen, Shamyl juga telah mengarahkan filem. Beliau mengarahkan filem sulumgnya Kami Histeria, yang dikeluarkan pada Februari 2014,[2] juga ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Singapura ke-25 dan Festival Filem Antarabangsa Hanoi. Beliau mengarahkan filem keduanya Rembat dikeluarkan pada Ogos 2015.[3]