Shanon_Shah

Shanon Shah Mohd Sidek (lahir 14 Ogos 1978) ialah seorang penyanyi dan penulis lagu Malaysia.[1] Beliau telah mengeluarkan sebuah album berbahasa Melayu bertajuk Dilanda Cinta di bawah label Interglobal Music.[2]Sungguhpun pernah berlatih dalam kejuruteraan kimia, Shanon juga bekerja sebagai wartwan dan penganalisa risiko kredit.[3] Beliau juga mendukung kesedaran hak asasi manusia sekuat-kuatnya, terutamanya sebagai pelatih dan pemudah dalam bidang ini.[4][5]Beliau memberi tumpuan kepada isu kejantinaan, seksualiti, HIV/AIDS dan Islam. Shanon juga menulis untuk theSun dan pernah menulis bagi mdia cetak seperti New Straits Times, Kakiseni.com dan MuslimWakeUp.com (sebuah majalah Muslim Progresif atas talian). Pada tahun 2003, Shanon memenangi Anugerah Artis Harapan Mandarin Oriental Fan of the Arts pada Anugerah Seni Cameronian Boh Tahunan ke-2. Tiga tahun kemudian, beliau memenangi Anugerah Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Lelaki) dalam Anugerah Industri Muzik yang ke-13.[6]Pada tahun 2007, Shanon menyertai pertandingan Ikon Malaysia yang pertama.

Shanon_Shah

Berasal dari Alor Star, Kedah, Malaysia
Pekerjaan Penyanyi, Penulis lagu, Wartawan
Nama lahir Shanon Shah Mohd Sidek
Instrumen Piano
Syarikat rakaman Interglobal Music
Genre Soul
Tahun aktif 2001 - kini