Sharifah_Amani
Sharifah_Amani

Sharifah_Amani

Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya (lahir 10 Jun 1986) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Amani memulakan kerjaya lakonan pada 1992 menerusi watak sebagai kanak-kanak Palestin dalam filem Selubung arahan Shuhaimi Baba. Kejayaan beliau hadir menerusi filem Sepet yang memperoleh beliau menerima anugerah Pelakon Harapan Wanita di Festival Filem Malaysia ke-18.Watak lakonan Amani sebagai Orked dalam filem Gubra telah melayakkan beliau memenangi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-19. Beliau mula menduduki kerusi pengarah menerusi filem pendek bertajuk Sangkar yang dikeluarkan pada 2010. Amani telah berlakon dalam beberapa filem terkenal termasuk Gol & Gincu (2005), Puaka Tebing Biru (2007), Selamat Pagi Cinta (2008), Magika (2010), dan Terbaik dari Langit (2014). Antara drama lakonannya ialah Emil Emilda (2007), Sindarela (2008) dan Tiramisu (2010).

Rujukan

WikiPedia: Sharifah_Amani http://www.astroawani.com/berita-hiburan/ffm30-gem... http://gambar.blogspot.com/search/label/Emil%20Emi... http://sharifahamani.blogspot.com/ http://yasminthestoryteller.blogspot.com/2006/08/w... http://www.imdb.com/name/nm1770376/ http://www.pensonic.com/possessed/Cast.html http://www.star2.com/entertainment/movies/movie-ne... http://www.sun2surf.com/articlePrint.cfm?id=14177 http://drowmage.wordpress.com/tag/mukhsin/ http://malaysia.movies.yahoo.com/Cinta/movie/13919...