Sharifah_Haslinda

Sharifah Norazleenda binti Syed Abu Bakar Al-Khaired (lahir 1972) atau Lynn ialah seorang pelakon, pengacara, dan penerbit di Malaysia.[2] Dia berasal dari Raub, Pahang dan merupakan kakak kepada dua orang pelawak terkenal tanah air Sharifah Shahirah dan Sharifah Sakinah.Pada tahun 1996 beliau dicalonkan untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik (Drama) Anugerah Skrin menerusi lakonan komedinya dalam drama Alahai Manisnya Madu bersama Seniman Mahmud June. Antara drama lain yang menaikkan nama beliau adalah Haslina dan Salina. Drama Salina yang ditayangkan pada tahun 2004 merupakan drama terakhir beliau sebelum mengambil keputusan untuk tidak aktif dalam dunia lakonan hingga kini.