Shariff_Dol
Shariff_Dol

Shariff_Dol

Shariff Dol Bin Asnawi[1] atau lebih dikenali sebagai Shariff Dol (1926-1979) ialah seorang pelakon filem hitam-putih Melayu pada zaman kegemilangan filem Melayu di Singapura pada 1950an dan 1960an, sebahagian besarnya bersama Malay Film Productions Ltd atau MFP.Shariff Dol - Samseng Kampung Dusun (tagline yang disebut orang hingga ke hari ini), begitulah terkesannya watak samseng yang dibawa oleh Shariff Dol dalam filem Seniman Bujang Lapok arahan P. Ramlee pada tahun 1961.[2] Shariff Dol atau nama sebenarnya Shariff Dol bin Asnawi adalah generasi zaman emas Shaw Brothers Ltd. di Studio Jalan Ampas, Singapura atau lebih dikenali sebagai Malay Film Productions Ltd iaitu sezaman dengan pelakon handalan yang lain seperti P. Ramlee, S. Roomai Noor, Tan Sri Jins Shamsuddin, Datuk Haji Jamil Sulong, Datuk Aziz Sattar, S. Shamsuddin, Haji Mahadi, AR Tompel, M. Zain, Nordin Ahmad, Yusof Latiff, Osman Gumanti, Ibrahim Pendek, S. Kadarisman, Omar Rojik, Dato' Ahmad Mahmud, Aziz Jaafar, Salleh Kamil, Kemat Hassan, HM Busra, dan Omar Suwita. Shariff Dol telah membintangi lebih dari sepuluh buah filem antara filem yang telah mengangkat nama beliau ialah filem Lela Manja, Seniman Bujang Lapok, Semerah Padi, Jefri Zain; Gerak Kilat, Pendekar Bujang Lapok, Ali Baba Bujang Lapok dan Si Tanggang. Kebanyakkan watak yang dibawa oleh beliau adalah berupa antagonis, seperti samseng, penjahat dan seumpamanya.

Shariff_Dol

Dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Pusara Aman, Singapura
Pekerjaan Pelakon
Pasangan Alimah Ahmad
Tahun aktif 1955–1971
Anak 10
Majikan Malay Film Productions Ltd
Cathay-Keris Film Productions
Terkenal kerana Watak Samseng Kampung Dusun dalam Seniman Bujang Lapok
Warganegara Singapura
Meninggal dunia 27 April 1979(1979-04-27) (umur 52–53)
Hospital Besar Singapura
Sebab kematian Komplikasi pelbagai jenis penyakit
Kelahiran Shariff Dol Bin Asnawi
1926
Negeri-negeri Selat (kini Singapura)
Kediaman Singapura