Shashi_Kapoor
Shashi_Kapoor

Shashi_Kapoor

Shashi Kapoor PB (dilahirkan Balbir Prithviraj Kapoor; 18 Mac 1938 - 4 Disember 2017[1]) merupakan pelakon dan penerbit filem India. Beliau pernah muncul dalam sejumlah besar filem Hindi dan juga filem berbahasa Inggeris, terutama filem terbitan Merchant-Ivory. Beliau merupakan pengarah dan pembantu pengarah dalam industri perfilemen Hindi.[2]Shashi Kapoor merupakan salah seorang ahli keluarga Kapoor, sebuah dinasti perfileman Bollywood. Beliau dilahirkan di Calcutta[3] (sekarang Kolkata) semasa Raj British. Beliau merupakan anak ketiga dan lelaki bongsu Prithviraj Kapoor, adik kepada Raj Kapoor dan Shammi Kapoor, dan balu kepada Jennifer Kendal (kakak kepada pelakon Felicity Kendal), dan bapa kepada Karan Kapoor, Kunal Kapoor, dan Sanjana Kapoor. Pada tahun 2011, beliau dianugerahkan Padma Bhushan oleh Kerajaan India untuk sumbangannya dalam industri perfileman India.[4]Pada tahun 2015, Kapoor dianugerahkan pula Anugerah Dadasaheb Phalke 2014, menjadikan beliau sebagai ahli keluarganya yang ketiga menerima pengiktirafan tertinggi dalam perfileman India selepas ia turut pernah dimenangi oleh Prithviraj Kapoor dan Raj Kapoor.[5] Beliau dilaporkan telah ditahan di Hospital Kokilaben pada 3 Disember 2017 akibat jangkitan dada[6][7][8][9] dan meninggal dunia pada 4 Disember 2017 akibat sirosis hati yang berpanjangan.[10][9]

Shashi_Kapoor

Pekerjaan Pelakon, pengarah, penerbit
Ibu bapa Prithviraj Kapoor
Ramsarni Kapoor
Pasangan Jennifer Kendal
(1958–1984; kematian Kendal)
Anugerah Padma Bhushan (2011)
Anugerah Dadasaheb Phalke (2015)
Anak Kunal Kapoor
Karan Kapoor
Sanjana Kapoor
Tahun aktif 1941–1999 (bersara)
Meninggal dunia 4 Disember 2017(2017-12-04) (umur 79)
Mumbai, Maharashtra, India
Saudara Lihat Keluarga Kapoor
Kelahiran Balbir Prithviraj Kapoor
(1938-03-18)18 Mac 1938
Calcutta, Presidensi Benggala, British India (kini Kolkata, Benggala Barat, India)

Rujukan

WikiPedia: Shashi_Kapoor http://www.dnaindia.com/bollywood/report-shashi-ka... http://www.imdb.com/name/nm0004434/ http://timesofindia.indiatimes.com/india/Brajesh-M... http://www.republicworld.com/s/14587/veteran-bolly... http://www.tellychakkar.com/tv/tv-news/surjit-saha... http://www.the-nri.com/index.php/2013/02/shashi-ka... http://www.timesnownews.com/entertainment/article/... http://catalogo.bne.es/uhtbin/authoritybrowse.cgi?... http://netindian.in/news/2015/03/23/00033083/actor... http://popcorn.oneindia.in/artist-biography/179/1/...