Shaw_Brothers
Shaw_Brothers

Shaw_Brothers

Shaw Brothers Studio (Bahasa Cina: 邵氏片場), dimiliki oleh Shaw Brothers (HK) Ltd. SEHK: 0080, adalah perintis dan syarikat wayang terbesar Hong Kong[1].Dari pusat pengedaran mereka di Singapura di mana mereka menubuhkan syarikat induk Pertubuhan Shaw pada 1925, dan sebagai pembangunan strategik perniagaan pengedaran wayang mereka di Asia Tenggara, Sir Run Run Shaw (邵逸夫) dan abang lelaki ketiganya Runme Shaw (邵仁枚) menubuhkan South Sea Film (南洋影片) pada 1930. Ia kemudian dinamakan semula sebagai Shaw Brothers Studio. Studio ini mengeluarkan wayang pertama Hong Kong dengan bunyi 《白金龍》(yang diterjemahkan sebagai "naga platinum", atau salah satu istilah slanga untuk sebatang pistol) pada 1934.Syarikat ini juga kerap dibandingkan dengan Warner Bros. hingga mendapat jolokan "Warner Bros. Asia". Malah logo mereka juga dipatenkan dari logo Warner Bros..[2]